Hospital Selayang Pertama Guna Angio-CT Hibrid – Subramaniam

839c160e-7e12-471c-89a1-ad63e4851492
Subramaniam menyaksikan simulasi mesin Angio-CT Hibrid di Unit Angiografi, Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Selayang pagi tadi.

 

Laporan/ Foto oleh Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 6 Jan (Malaysiaaktif) – “Mesin Angio-CT Hibrid yang pertama di negara ini akan secara tidak langsung memberi manfaat kepada pesakit serta meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan produktiviti Hospital Selayang dan Kementerian Kesihatan (KKM) ,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Perasmian Unit Angiografi dan Mesin Angio-CT Hibrid, Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Selayang pagi tadi.

3d2fc8f3-fdfe-4560-baa4-84cccdceab06

Menurut Subramaniam, mesin Angio-CT Hibrid di Hospital Selayang ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia hasil gabungan teknologi Sistem Angiografi dan CT Scanner yang diletakkan di dalam sebuah bilik dan berfungsi secara sinergi antara kedua-dua sistem.

Beliau berkata kaedah ini meningkatkan kualiti diagnosis dan keupayaan memberi rawatan pelbagai penyakit melalui pendekatan Interventional Radiologi yang hanya memerlukan tumpuan kepada bahagian tubuh secara perinci dan tepat.

Interventional Radiologi yang memungkinkan sehingga 10 kes rawatan setiap hari dapat mengurangkan masa menunggu bagi pesakit.

Menurut Subramaniam kini terdapat 11 orang Pakar Interventional Radiology di hospital-hospital kerajaan dengan enam orang menjalani latihan pengendalian dan seterusnya ditempatkan di hospital-hospital seluruh negara supaya pesakit-pesakit tidak perlu dihantar ke Lembah Kelang.

“KKM berharap mesin mesin Angio-CT Hibrid ini dapat diperluaskan ke seluruh negara, namun ia akan dilakukan secara berperingkat kerana harga mesin tersebut berharga RM10 juta sebuah,” katanya.

 

-AAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...