Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

Pelajar Bermasalah Dokumen Kelahiran Mulakan Persekolahan

By 12 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: R. Balakrishnan (Nibong Tebal)

NIBONG TEBAL, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Sesi persekolahan 2017 yang telah bermula sejak minggu lalu telah memberi sinar kegembiraan kepada Mohamad Iqbal Syawal Abdullah, 8, yang mempunyai masalah dokumen kelahiran.

Iqbal yang mengalami masalah untuk ke sekolah semenjak Januari tahun lalu, telah dibenarkan untuk menyambung semula persekolahan di Sekolah Kebangsaan Methodist (SKM) Nibong Tebal dalam Tahun Dua.

Atas usaha yang berterusan dan perbincangan dengan pihak sekolah serta Pejabat Pendidikan Daerah dan Negeri Pulau Pinang, Iqbal yang berasal dari Taman Cenderawasih kini dapat meneruskan semula persekolahan seperti pelajar lain.

Iqbal yang ditemui wartawan Malaysiaaktif semalam, meluahkan rasa gembira dan bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh semua pihak.

Dalam pada itu, pihak pengurusan SKM Nibong Tebal yang juga merupakan Sekolah Angkat Jabatan Penerangan Pulau Pinang, memuji tindakan keluarga Iqbal yang tidak pernah patah semangat untuk terus berusaha bagi mendapatkan kebenaran semula untuk anak mereka bersekolah.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan telah memberi kebenaran untuk pelajar yang menghadapi masalah dokumentasi berkenaan status kewarganegaraan bagi meneruskan pembelajaran sehingga proses pendaftaran selesai.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia bagi memastikan para pelajar berkenaan tidak tercicir daripada mendapat kemudahan pendidikan.

– AH

Tinggalkan komen anda