Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

GIATMARA Lahirkan Anak Muda Berkuasa Tinggi

By 12 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto oleh : Muhamad Nawawi Kasa

Pendang, 12 Jan (Malaysiaaktif ) – Giatmara merupakan satu-satunya institusi latihan kemahiran di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berjaya melatih anak-anak muda dalam bandar dan luar bandar dalam pelbagai bidang sejak mula ditubuhkan pada tahun 1986. Ini dinyatakan Pengurus Giatmara Pendang, Shafie Awang.

Bersempena dengan ulangtahun kelahiran yang ke 31, ia mengorak langkah ke hadapan dengan transformasi pelbagai bidang baru. Ini bagi mengikut kehendak pasaran industri untuk mencapai standard yang ditetapkan, ujar Shafie,

Menurutnya lagi, sejajar dengan itu, pelbagai kursus dianjurkan untuk belia termasuklah yang terbaru, Kursus dan Bengkel Motosikal Berkuasa Tinggi di Giatmara Pendang pada 10 Januari lalu.

Selain itu, Giatmara Pendang juga telah merancang untuk meneruskan kursus-kursus berikut iaitu Masakan dan Pramusaji , Kursus Jahitan Tahap Tiga dan Pendawaian Elektrik sepanjang 2017 ini, katanya lagi.

Shafie berkata, bagi yang berminat mereka boleh menghubungi terus ke Pusat Giatmara Pendang ditalian 04-759 1815. Mereka juga boleh datang terus ke Giatmara yang berdekatan. Terdapat 231 pusat Giatmara di seluruh negara.

Menurut Shafie, inisiatif diambil dengan menjalinkan kerjasama dengan pihak Koridor Utara bagi membangunkan program kompetensi kemahiran yang mencapai standard keperluan sektor pekerjaan di industri dan keusahawanan di wilayah koridor utara ini.

Manakala menurut wakil Ketua Eksekutif Northern Coridor Implementation Authority ( NCIA ) Rosmin Mohamad, NCIA telah menyediakan peruntukan program untuk pembangunan motosikal berkuasa tinggi antaranya adalah untuk baikpulih fasiliti dan Bengkel serta perolehan peralatan dan motosikal.

Terdapat tiga buah pusat menjalankan Kursus motosikal berkuasa tinggi iaitu Giatmara Pendang, Giatmara Batu Kuala Lumpur dan Giatmara Kota Samarahan. Sehingga kini seramai 350 ribu orang pelatih dalam pelbagai bidang dilahirkan dan dari jumlah tersebut seramai lebih 30 ribu orang dari teknologi motosikal dan 161 orang tamat dari kursus motosikal berkuasa tinggi dengan persijilan Profesional Giatmara dan SKM Tahap Dua.

Sementara itu, Speker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Paduka Md Rozai Shafian berharap dengan pembukaan Bengkel motosikal berkuasa tinggi di Giatmara Pendang akan memberi impak positif untuk generasi muda mengambil peluang menambah ilmu bagi melahirkan generasi belia yang berkemahiran tinggi.

Seorang pelatih Giatmara, Mohd Syamil Ali,19, dia melahirkan rasa gembira kerana turut menimba pengalaman dan ilmu yang akan digunakan untuk membuka bengkel sendiri bila tamat latihan nanti.

Manakala seorang rakan pelatihnya Mohd Firdaus, 21, berharap generasi muda mengambil peluang ini untuk berdayasaing dalam bidang-bidang yang ditawarkan Giatmara.

Tinggalkan komen anda