Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

KKLW Sediakan Projek Bantuan Rumah Lebih Selesa

By 13 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Ramasamy Amas (Jempol)

Bahau, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan teruja dan gembira Zainal Hussein, 48, dan isterinya, Nur Fahara Abdullah, 20, apabila menerima kunci rumah baharu di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) di kampung Baru Rompin, semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk L Manickam, PBR merupakan insentif kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi membolehkan kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa.

Dalam pada itu, L Manickam turut berterima kasih kepada KKLW kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM90 ribu bagi projek pembinaan dua rumah baharu yang bernilai RM40 ribu, masing-masing dengan keluasan 20 x 40 dan sebuah rumah lagi di bawah program baik pulih.

Seorang penerima rumah baik pulih yang ditemui wartawan Malaysiaaktif, Zainon Sulaiman, 44, telah menerima peruntukan projek baik pulih rumah bernilai RM11 ribu.

Bagi membantu Zainon yang juga merupakan isteri kepada mantan Pengerusi tetap UMNO Bahagian Jempol yang telah banyak berjasa, Allahyarham Abullah Harun, L Manickam telah menanggung kos pemasangan siling rumah serta pembinaan jambatan baharu dan menaik taraf laluan ke rumah tersebut.

Sementara itu, Pengawai Giatmara Jempol, Abu Zahir Aziz berkata, Giatmara bertindak sebagai agensi perlaksana PBR.

Tambahnya, syarat bagi memohon PBR adalah pemohon mesti mempunyai hak milik tapak tanah sendiri dan lain-lain kreteria yang ditetapkan oleh KKLW.

– AH

Tinggalkan komen anda