Skip to main content
Berita TempatanEkonomiSabah

Peniaga Digalak Beli Minyak Masak Daripada Pemborong

By 16 Januari 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

  Oleh: Zamlan Ramle (Sabah)

BEAUFORT, 16 Jan (Malaysiaktif) – “KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) wajar terus memantau kekurangan minyak di pasaran terutama di kawasan pedalaman kerana bimbang terdapat peniaga yang menyembunyikan bekalan terbabit”.

Demikian kata pelanggan, Wan Fikri, 37, yang ditemui ketika sesi pemantauan oleh KPDNKK di sebuah pasar raya di sini pada Sabtu.

Tambah Fikri, bukan sekadar bekalan minyak disembunyikan malah mereka menjualnya pada harga mahal.

Sementara itu, pengusaha gerai makan, Suziela Mohd Din, 40, meluahkan rasa terima kasih kepada KPDNKK atas inisiatif membantu pengusaha kedai makan di daerah ini.

Pengusaha Gerai Makan Suziela ketika ketika sedang mendapatkan bekalan minyak di sebuah pasar raya.

Pengusaha Gerai Makan Suziela ketika ketika sedang mendapatkan bekalan minyak di sebuah pasar raya.

 

“Sebagai peniaga, inisiatif KPDNKK daerah ini dapat menyelesaikan kerunsingan peniaga seperti kami dalam memastikan operasi perniagaan kami terus berjalan seperti biasa berikutan kesukaran mendapat bekalan minyak.

“Memang tidak dinafikan bahawa peniaga gemar menggunakan minyak masak paket atas sebab murah, ini kerana penggunaan minyak botol menyebabkan peningkatan kepada kos jualan yang tentunya tidak digemari pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, peniaga Restoran dan Industri Kecil Sederhana (IKS) di daerah ini digalakkan membeli minyak masak paket secara pukal daripada pemborong atau pusat jualan khas yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Berdasarkan pemantauan bekalan minyak masak paket di daerah berkenaan mendapati kekurangan bekalan minyak masak terbabit di pasaran sekitar daerah berkenaan adalah tidak benar.

Menurut Ketua Cawangan KPDNKK Kawasan Beaufort, Annual Kannari kekurangan bekalan minyak masak paket yang ‘viral’ di laman media sosial sebenarnya tidak benar sama sekali.

Annual Kannari ketika melakukan pemantauan dan pemeriksaan di Beaufort.

Annual Kannari ketika melakukan pemantauan dan pemeriksaan di Beaufort.

 

“Bekalan minyak paket adalah mencukupi di daerah ini dan dakwaan minyak tersebut habis adalah tidak benar. Viral yang berlaku sejak seminggu lalu menyebabkan orang ramai dan juga pengusaha makanan melakukan pembelian panik dalam kuantiti yang melebihi had sepatutnya.

“Aarahan KPDNKK yang mengehadkan pembelian lima paket iaitu lima kilogram bagi seorang pembeli terpaksa dikurangkan kepada had minimum iaitu dua kilogram atau dua paket bagi seorang pembeli bagi mengawal kekurangan bekalan tersebut.

“Sebelum ini terdapat pembeli yang membeli minyak berulang kali menyebabkan bekalan tersebut kembali berkurangan di pasaran,” ujarnya.

Katanya lagi, didapati pengusaha restoran dan gerai makan serta peniaga Industri Kecil dan sederhana (IKS) di sini beralih menggunakan minyak paket yang dikatakan lebih murah berbanding botol.

“Sehubungan itu, para peniaga dan pengusaha IKS dinasihatkan agar mendapatkan surat kebenaran di Pejabat KPDNKK Cawangan Beaufort bagi membolehkan pengusaha-pengusaha terbabit membeli bekalan minyak terbabit secara pukal daripada pemborong yang dikhaskan kepada pengedaran minyak tersebut.

“Selain itu, orang ramai yang ingin mengadakan majlis kenduri kahwin atau sebagainya juga disarankan untuk memohon surat kebenaran tersebut.” ujarnya.

KPDNKK Cawangan Beaufort telah menyenaraikan beberapa pasar raya sebagai peruncit terpilih pengedaran bekalan tersebut bagi mengawal edaran minyak masak di daerah berkenaan.

Pihak KPDNKK juga berharap agar orang ramai terus memberi kerjasama dengan melaporkan sebarang kejadian peniaga yang cuba memanipulasikan bekalan terbabit dengan menjual pada harga yang tidak sepatutnya.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda