Skip to main content
EkonomiHome

500 Pesawah Guar Sanji Kerugian Besar Padi Diserang Penyakit

By 16 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan
Foto hiasan

 

ARAU,16 Jan — Hampir 500 pesawah di Guar Sanji di sini yang mengusahakan kira-kira 160 hektar sawah padi kerugian besar berikutan tanaman meerka yang hampir boleh dituai diserang penyakit.

Menurut Pengerusi Biro Pengairan Pertubuhan Peladang MADA A1 Guar Sanji, Yusof Othman, tamanan petani-petani terbabit diserang penyakit ‘karak’ dan ‘bom’ yang menyebabkan kerosakan pada batang padi.

Penyakit karak berpunca dari serangan serangga yang menggigit batang padi dan menghisap isi padi muda mengakibatkan pokok padi menjadi layu dan buah tidak berisi.

Penyakit bom pula berpunca dari sejenis hama yang menyerang perdu padi dan menyebabkan pokok padi menjadi kemerahan dan mati seolah-olah seperti terkena serangan bom, kata Yusof kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata kawasan sawah terbabit adalah tanaman musim kedua tahun 2016 yang bermula akhir Ogos tahun lalu yang dituai Disember lepas namun hasilnya merosot lebih separuh.

“Saya bagi pihak petani-petani terjejas merayu kerajaan dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mempertimbangkan memberi sedikit bantuan sebagai modal untuk mengerjakan sawah musim pertama 2017 yang dijadual bermula bulan Mac atau April ini,” katanya.

 

– Bernama

Tinggalkan komen anda