Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

KRT, Agen Perpaduan Kaum

By 8 Februari 2017Februari 9th, 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) sering dilihat sebagai agen perpaduan antara kaum dan juga sesama kaum.

Menurut Pengerusi KRT Dangi, Norhayati Abdullah, KRT Dangi merupakan salah satu KRT aktif di Kuala Pilah yang mengadakan pelbagai aktiviti seperti bacaan Yasin, kelas agama dan kelas masakan daripada pelbagai bangsa.

“Ia bertujuan untuk merasai masakan menu berbeza dari pelbagai kaum dan dari situ perpaduan dapat diwujudkan,” katanya.

Norhayati yang baru sahaja menerima Sijil Perlantikan Pengerusi KRT berkata, golongan wanita turut tidak ketinggalan dalam melakukan rondaan malam di kawasan KRT Dangi.

Sementara itu Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Pilah, Abdul Khalid Ujang yang ditemui wartawan Malaysiaaktif memberitahu, fungsi-fungsi KRT ialah menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian dan keselesaan dalam kalangan masyarakat.

Tambahnya, dalam setiap KRT, terdapat Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang mebuat rondaan secara bergilir di tempat kediaman dan Skuad Elite Jiran Wanita (Sejiwa) yang bertanggungjawab untuk menjaga hal ehwal wanita.

FB_IMG_1486533559087

Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, menyeru agar semua pengerusi KRT memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan.

Negeri Sembilan mencatatkan sebanyak 366 KRT dan 26 di Kuala Pilah.

– AH

Tinggalkan komen anda