Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Pidato Raja Kita Dekatkan Pelajar Dengan Sejarah Negara

By 8 Februari 2017Februari 9th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan oleh: Daniel Jong / Foto: Jamilah Sulaiman (Seremban)

SEREMBAN, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Bersempena sambutan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir, Pertandingan Pidato Raja Kita telah diadakan, di sini semalam.

Bagi juara pertandingan, Nik Azni Faniza Nik Mat daripada Kolej Tunku Kursiah, yang baru pertama kali menyertai pertandingan pidato ini, dia berharap akan dapat memperluaskan pengalaman dengan menyertai pertandingan pidato di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Dilaksanakan buat kali kelima, pertandingan anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Seremban ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah Seremban.

Menurut Pegawai Daerah Seremban, Zaidi Johari, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban turut melibatkan 46 penyertaan dari sekolah menengah di sekitar Seremban.

Sementara itu, Exco Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan, Datuk Abd Razak Abd Said berkata, pertandingan sebegini merupakan platform terbaik untuk mendedahkan generasi muda kepada sistem beraja di negara ini.

“Memang tidak dinafikan pada zaman kini maklumat memang berada di hujung jari dan ini memudahkan pelajar untuk mengakses maklumat mengenai sistem beraja. Namun bukan semua pelajar ingin membaca artikel mengenai sistem ini,” katanya.

Jelas Abd Razak, melalui pertandingan-pertandingan seperti ini, para pelajar juga dapat meningkatkan kesedaran tentang fungsi dan tanggungjawab sistem pemerintahan beraja di Negeri Sembilan.

“Dengan adanya pertandingan pidato Raja Kita, pelajar secara tidak langsung akan cuba mencari secara lebih mendalam dan teliti mengenai sistem beraja dan perkara ini akan mampu meningkat pemahaman mereka kepada sistem beraja di negara kita,” katanya lagi .

Tambahnya, pertandingan ini juga mampu mencungkil dan menyuburkan bakat berpidato yang ada dalam kalangan pelajar demi melahirkan pelajar yang berkaliber, di samping menjana keupayaan berfikir secara kritis dan analitis serta mampu melahirkan idea yang bernas serta bijaksana.

Turut hadir, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Datuk Dr Musa Mohamad.

– AH

Tinggalkan komen anda