Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Gelanggang Futsal Percuma di KL

By 10 Februari 2017Tiada komen3 minit bacaan

Laporan oleh : Azri Zainal Abidin / Foto oleh : Edawati Sulaiman @ Hod

Kuala Lumpur, 10 Februari (Malaysiaaktif) – Pengumuman penggunaan gelanggang futsal secara percuma bagi penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula 7 Februari lalu mendapat pelbagai reaksi positif khususnya golongan belia.

Keputusan itu dilihat sebagai bertepatan dengan hasrat Kerajaan dalam mengurangkan masalah sosial selain memberikan alternatif kepada golongan belia dan anak muda untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan riadah.

WhatsApp Image 2017-02-10 at 10.18.02 AM

Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya akan menanggung kos penyelenggaraan dan operasi gelanggang futsal bagi galak orang ramai beriadah – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Menurut Md Zahir Mokhtar, 52, beliau amat berterima kasih atas usaha Kerajaan yang sentiasa komited untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah sosial khususnya di bandar-bandar besar dengan memberi pilihan aktiviti yang lebih berfaedah kepada penduduknya.

WhatsApp Image 2017-02-10 at 9.49.35 AM

Aktiviti sukan seperti futsal bukan sahaja dapat mengisi masa lapang golongan belia tetapi juga menjadikan badan lebih sihat, berdisplin dan berfikiran positif – Md Zahir Mokhtar

“Golongan belia khususnya anak-anak kita kini mempunyai tempat untuk menghabiskan waktu lapang. Bersukan bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malah boleh mengekang pelbagai keinginan golongan ini untuk melakukan kegiatan tidak sihat.”

Bagi Hairun Nisa Roslan, 38, Kerajaan sentiasa peka dengan kekangan kewangan dan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah di bandar yang semakin meningkat. Kadar sewa gelanggang futsal yang dikatakan tinggi menyukarkan golongan belia untuk beriadah.

WhatsApp Image 2017-02-10 at 9.48.07 AM

Keputusan Kerajaan ini tepat pada masanya dalam usaha membantu mengurangkann kos sara hidup yang tinggi pada masa kini – Hairun Nisa Roslan

“Kalau kita lihat secara purata kadar sewa gelanggang futsal persendirian di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula daripada RM90 hingga RM120 sejam. Sudahlah kena bayar mahal, ada masanya perlu menunggu giliran yang panjang.

“Itu belum lagi timbul masalah sekiranya tempahan akan dibatalkan kerana beberapa faktor seperti cuaca yang tidak menentu, keadaan gelanggang yang tidak sesuai untuk digunakan dan kekurangan pemain setelah tempahan dibuat,” kata Hairun Nisa lagi.

Kongsi Abdul Razak Hussin, 54, pengumuman yang dibuat melalui Kementerian Wilayah Persekutuan ini menepati slogan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ yang dilaungkan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

WhatsApp Image 2017-02-10 at 9.47.36 AM

Kerajaan sering mendengar denyut nadi rakyat dan pantas membuat keputusan demi kebajikan rakyat – Abdul Razak Hussin.

“Cadangan ini tidak sampai sebulan diutarakan semasa Majlis Pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 15 Januari 2017 lalu dan pada 7 Februari 2017, cadangan ini telah dipersetujui.”

7 Februari 2017, Kementerian Wilayah Persekutuan mengumumkan penggunaan percuma 22 gelanggang futsal pada waktu hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Kuala Lumpur.

Dua unit gelanggang di Putrajaya iaitu Gelanggang Futsal Mokhtar Dahari di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18 pula diberi percuma antara pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam dari hari Isnin hingga Khamis. Kemudahan percuma ini juga akan melibatkan dua gelanggang futsal di Labuan pada setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang kecuali hari Sabtu dan Ahad.

-MSM

 

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda