Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sukan Rakyat Meriahkan Hari Sukan Badan Kebajikan

By 20 Februari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan oleh: Nor Adilah Abdullah / Foto: Najib Mohaini (Batu Pahat)

BATU PAHAT , 20 Feb (Malaysiaaktif) – Sukan rakyat dan tradisi seperti sepak raga, galah panjang dan konda kondi tidak sewajarnya dilupakan kerana masih memainkan peranan dalam mengeratkan silaturahim, selain mengekalkan tradisi supaya tidak ditelan zaman.

Kira-kira 100 kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Johor dari 10 daerah telah hadir menyertai Hari Sukan Badan Kebajikan Jabatan Penerangan Johor, di sini semalam.

sepak raga

Menurut Ahli jawatankuasa ketua penyelaras program, Amah Yunos, program yang diadakan pada hujung minggu ini menjadi medan interaksi sesama kakitangan, ekoran kesibukan urusan bekerja di berlainan daerah pada hari biasa.

“Objektif penganjuran sukan rakyat ini adalah untuk memupuk semangat kesukananan antara kakitangan disamping mengeratkan silaturrahim selain mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan di kalangan pegawai dan pekerja bawahan,” katanya yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Kebajikan Jabatan Penerangan Johor.

boling kelapa

Antara acara sukan rakyat yang dipertandingkan adalah boling kelapa , sepak raga, baling selipar, baling bola ke belakang, baling gelung, baling bola dalam bakul dan tiup belon.

Bagi menarik penyertaan orang ramai, cabutan nama bertuah turut diadakan.

cabutan nama bertuah

– AH

Tinggalkan komen anda