Ā Laporan / foto oleh Halim Aman (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Balai Seni Negara hari ini mengumumkan permulaan edisi Kuala Lumpur (KL) Biennale 2017 dengan tema āBELASā yang melambangkan nilai sosial masyarakat.
Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa berkata, KL Biennale menyasarkan untuk menarik lebih daripada 250,000 pengunjung dalam jangka masa lima bulan.
āKL Biennale adalah penceritaan kepada āBELASā (Be Loved), dipersembahkan khas melalui seni kontemporari dan moden… Antaranya Belas Alam, Belas Warisan, Belas Insan, Belas Haiwan dan Belasungkawa.
āJenama Biennale dijangka dapat memberi sumber inspirasi kepada sektor budaya tempatan dan mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur pada peta budaya global,ā katanya.
Jelasnya, KL Biennale akan melihat perubahan cara dalam menjiwai seni dengan membangkitkan penceritaan dan naratif oleh karyawan, artis, organisasi, komuniti dan pelbagai personaliti.
āDengan menampilkan artis-artis yang hebat dari Asia Tenggara, China, Korea Selatan, Jepun dan India, rakyat Malaysia dan pengunjung menyasarkan KL Biennale sebagai satu kemuncak kepada kalendar budaya bandar kerana kolaborasi antarabangsa dan tempatan yang aktif dan perkongsian idea yang bermakna,ā katanya lagi.
Pameran antarabangsa yang bakal diadakan pada 1 November 2017 hingga 31 Mac 2018 di beberapa lokasi sekitar bandaraya Kuala Lumpur ini akan melibatkan ribuan kanak-kanak termasuk pelajar dalam sesi ceramah dan bengkel bersama para aktivis sosial, artis, pendidik dan kurator.
Selain daripada pameran utama dan dialog antarabangsa tentang seni kontemporari, para pengunjung juga berpeluang untuk turut serta dalam beberapa kerja amal dan program kemasyarakatan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh layari laman sosial Facebook āklbiennaleā.