Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

KL Biennale 2017 Sasar 250,000 Pengunjung

By 19 Mei 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan / foto oleh Halim Aman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Balai Seni Negara hari ini mengumumkan permulaan edisi Kuala Lumpur (KL) Biennale 2017 dengan tema ‘BELAS’ yang melambangkan nilai sosial masyarakat.

Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa berkata, KL Biennale menyasarkan untuk menarik lebih daripada 250,000 pengunjung dalam jangka masa lima bulan.

“KL Biennale adalah penceritaan kepada ‘BELAS’ (Be Loved), dipersembahkan khas melalui seni kontemporari dan moden… Antaranya Belas Alam, Belas Warisan, Belas Insan, Belas Haiwan dan Belasungkawa.

“Jenama Biennale dijangka dapat memberi sumber inspirasi kepada sektor budaya tempatan dan mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur pada peta budaya global,” katanya.

Jelasnya, KL Biennale akan melihat perubahan cara dalam menjiwai seni dengan membangkitkan penceritaan dan naratif oleh karyawan, artis, organisasi, komuniti dan pelbagai personaliti.

“Dengan menampilkan artis-artis yang hebat dari Asia Tenggara, China, Korea Selatan, Jepun dan India, rakyat Malaysia dan pengunjung menyasarkan KL Biennale sebagai satu kemuncak kepada kalendar budaya bandar kerana kolaborasi antarabangsa dan tempatan yang aktif dan perkongsian idea yang bermakna,” katanya lagi.

Dari kiri: Pengarah KL Biennale, Zanita Anuar, Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa dan Pengerusi KL Biennale, Johan Ishak.

Dari kiri: Pengarah KL Biennale, Zanita Anuar, Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa dan Pengerusi KL Biennale, Johan Ishak.

Pameran antarabangsa yang bakal diadakan pada 1 November 2017 hingga 31 Mac 2018 di beberapa lokasi sekitar bandaraya Kuala Lumpur ini akan melibatkan ribuan kanak-kanak termasuk pelajar dalam sesi ceramah dan bengkel bersama para aktivis sosial, artis, pendidik dan kurator.

Selain daripada pameran utama dan dialog antarabangsa tentang seni kontemporari, para pengunjung juga berpeluang untuk turut serta dalam beberapa kerja amal dan program kemasyarakatan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh layari laman sosial Facebook “klbiennale”.

 

– AH

Tinggalkan komen anda