Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Tugas Pemimpin Korporat Yakinkan Pelabur Luar dan Domestik – Ahmad Zahid

By 21 Mei 2017Tiada komen2 minit bacaan

 Laporan dan foto oleh: Salizah Salamat

BANTING, 21 Mei (Malaysiaaktif) – “Tugas pemimpin-pemimpin korporat adalah meyakinkan pelabur luar dan domestik untuk lebih berminat melabur dalam negara.”

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika melancarkan lapan model motosikal baru dan empat kenderaan serbaguna keluaran DEMAK yang terbaharu bertempat di Olak Lempit, di sini, petang tadi. 

“Semua agensi yang terlibat dalam pertumbuhan ekonomi melibatkan diri untuk sama-sama memajukan ekonomi negara.

Majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Demak Green-tech Sdn Bhd dan Aucma Qingdao.

Pada majlis yang sama, turut diadakan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Demak Green-tech Sdn Bhd dan Aucma Qingdao.

“Kerjasama ini satu platform baru dalam mengembangkan lagi peniagaan. Ia juga memberi peluang peniagaan dan menarik pelaburan asing di dalam negara terutamanya di Kuala Langat.


“Demak mempunyai perancangan masa depan yang baik untuk rakyat terutamanya penduduk tempatan dan sekitarnya.

“Demak sebagai syarikat induk telah meraikan ulangtahun ke-15 dan saya yakin mereka mampu berdaya saing dan bertahan serta dapat memperkukuhkan perniagaan bukan sahaja di rantau ASEAN tetapi peringkat lebih jauh lagi.

“Di dalam memasarkan produk-produk ini, pemikiran kita harus berada di luar kotak,” jelas Ahmad Zahid.

TPM melihat model motosikal terbaru keluaran DEMAK.

Ahmad Zahid, merangkap Menteri Dalam Negeri. turut dibawa masuk melawat ke dalam kilang tersebut.

DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. merupakan pengeluar dan pemasang motosikal Demak. Lapan model motosikal baharu Demak akan mula memasuki pasaran tempatan dalam jangkamasa terdekat dan boleh didapati di semua pengedar Demak di seluruh negara. 


Kesemua lapan model motosikal baharu terdiri daripada enam model baharu dan dua model yang dipertingkatkan dari model sebelumnya iaitu D90 dan D7.

Manakala empat model serbaguna yang turut dilancarkan ialah 4runner, Eco 3 (petrol dan elektrik) dan E Trois.

– DZ

Tinggalkan komen anda