Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Projek Naik Taraf Lorong Motosikal Permudah 55,000 Pengguna

By 15 Jun 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Ā Laporan / Foto oleh Saharuddin Othman & Azri Zainal Abidin (Kuala Lumpur)

PETALING JAYA, 15 Jun (Malaysiaaktif) ā€“ Sejumlah 55,000 penunggang motosikal bakal menikmati perjalanan yang lebih selesa dan selamat dengan pembinaan dua jejambat (overhead bridge) serta projek naik taraf lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan yang akan bermula pada bulan ini dan dijangka siap pada April 2018.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM29 juta telahpun diluluskan melalui Bajet 2017 yang dibentangkan pada 21 Oktober 2016 yang lalu.

ā€œPeruntukan untuk bajet tersebut telah ada dan disebabkan itu, hari ini kita laksanakan kerja-kerja lebihan yang lebih besar dan kerja ini termasuklah membesarkan lorong-lorong yang kecil, laluan motosikal yang kecil ini dibesarkan sekurang-kurangnya 3 meter lebar dan semua jalan keluar masuk ke laluan motosikal ini ke jalan utama akan ditambah baik.ā€

ā€œDi samping itu, kita meratakan jalan yang tidak rata dan yang lebih utama ada satu terowong di mana jika berlaku hujan lebat akan berlaku banjir dan terowong ini akan kita gantikan dengan overhead bridge (jejambat) di ke dua-dua hala,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Projek Kerja-Kerja Pembinaan ā€˜Overhead Motocycle Bridgeā€™ dan Naik Taraf Sistem Perparitan Lebuhraya Persekutuan, di sini hari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof diberikan taklimat oleh Pegawai JKR sebelum melalui laluan Projek Kerja-Kerja Pembinaan Overhead Motocycle Bridge dan Menaiktaraf Sistem Perparitan di Lebuhraya Persekutuan dengan menaiki motorsikal.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof diberikan taklimat oleh Pegawai JKR berkenaanĀ Projek Kerja-Kerja Pembinaan Overhead Motocycle Bridge dan Menaiktaraf Sistem Perparitan di Lebuhraya Persekutuan.

Terdahulu, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk melaksanakan kerja-kerja jangka masa pendek bagi meningkatkan tahap keselamatan laluan lorong motosikal di lebuh raya tersebut pada 29 Ogos 2016.

Antara kerja pembaikan dan naik taraf yang dilaksanakan pada 15 September 2016 hingga 16 Disember 2016 adalah mengecat garisan jalan, membaiki dan menambah papan tanda, membaik pulih permukaan jalan, pemasangan road stud, membaiki penutup manhole, memasang penutup longkang, memasang penghadang jalan, memasang sticker pemantul cahaya dan pemasangan fender serta kerja-kerja elektrikal.

Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha menyampaikan Surat Arahan Kerja Projek Kerja-Kerja Pembinaan Overhead Motocycle Bridge dan Menaiktaraf Sistem Perparitan di Lebuhraya Persekutuan kepada Pengarah Urusan Bahagian Pembinaan dan Penyelenggaraan Roadcare (M) Sdn Bhd, Datuk Seri Muzaffar Syah Abdul Rahman.

Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha menyampaikan Surat Arahan Kerja Projek Kerja-Kerja Pembinaan Overhead Motocycle Bridge dan Menaiktaraf Sistem Perparitan di Lebuhraya Persekutuan kepada Pengarah Urusan Bahagian Pembinaan dan Penyelenggaraan Roadcare (M) Sdn Bhd, Datuk Seri Muzaffar Syah Abdul Rahman.

Sementara itu, lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan sepanjang 8.1km ini diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dari Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan hingga kawasan Kelab Golf Negara Subang, manakala selebihnya di bawah selenggaraan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat Sdn Bhd (SPRINT) dan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS).

Turut hadir, Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha dan Pengarah Urusan Bahagian Pembinaan dan Penyelenggaraan Roadcare (M) Sdn Bhd, Datuk Seri Muzaffar Syah Abdul Rahman.

– AH

Tinggalkan komen anda