Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Cakna Komuniti 1Malaysia Ambil Peduli

By 8 Disember 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : W.Shahilawati / Robani (Kelantan)

KOTA BHARU, 8 Dis (Malaysiaaktif) – “Pakcik berdoa supaya dapat bangun seperti sedia kala, doa ini sentiasa dilakukan setiap hari setelah pakcik mengalami strok empat bulan lalu,” kata penerima kerusi roda, Muhamad Kassim Abdul Razak, 60.

Muhammad Kassim merupakan salah seorang penerima kerusi roda yang terpilih di bawah program Cakna Komuniti 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.

Mohd Kassim dan isteri memegang kerusi roda sambil tersenyum syukur atas keperihatinan kerajaan persekutuan.

Mohd Kassim dan isteri memegang kerusi roda sambil tersenyum syukur atas keperihatinan kerajaan persekutuan.

Kata Muhamad Kassim, sejak mengalami strok, dia terlantar dan untuk bergerak, dia perlu dibantu dan ditemani isterinya.

“Mohon semua pakat doa untuk pakcik, tambahan pula pada waktu musim tengkujuh ini, pakcik harap di sini tidak lagi banjir seperti sebelum ini,” katanya yang ditemui di Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Kota Bharu, Jabatan Penerangan Negeri, Mohd Zamzuri Salleh yang menyampaikan sumbangan peralatan dan kemudahan tersebut berharap pesakit strok berkenaan cepat sembuh.

“Selain kerusi roda, kita juga mengagihkan bakul makanan kepada mangsa banjir. Kawasan kampung ini dilanda banjir gelombang petama baru-baru ini sedalam kira-kira 0.5 meter dan ada rumah yang dibina terlalu rendah menjejaskan aktiviti harian penghuni,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pada minggu hadapan, pihaknya akan menyampaikan bantuan di Komuniti 1Malaysia Nilam Baru, Parlimen Kubang Kerian melibatkan lapan penerima, manakala di Komuniti 1Malaysia Chekeli, Parlimen Ketereh seramai 10 penerima.

-SH

Tinggalkan komen anda