Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Rosmah Lancar Spa Mobil Butterfly

By 8 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan oleh: Norlydiana Ishak / Foto: Halim Aman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Malaysiaaktif) – “Kita lihat ramai golongan wanita muda yang begitu prihatin tentang penjagaan kecantikan. Jadi, kita ambil peluang itu untuk melebarkan sayap dengan melahirkan lebih ramai usahawan wanita terutama dalam bidang spa mobil.”

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Puteri Mobil Spa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Datin Seri Rosmah Mansor 'touch up' blusher ke wajah Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Majlis Pelancaran Spa Mobil

Datin Seri Rosmah Mansor ‘touch up’ blusher ke wajah Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Majlis Pelancaran Spa Mobil

Spa mobil yang dijalankan secara usahasama oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) ini diilhamkan bagi membantu golongan wanita terutama golongan muda untuk mengembangkan potensi diri di samping meningkatkan taraf hidup mereka.

Spa Mobil Butterfly telah dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Datin Seri Rosmah Mansor melawat ke booth pameran sekitar Laman Puteri

Datin Seri Rosmah Mansor melawat ke booth pameran sekitar Laman Puteri

Pada majlis yang sama, Ketua Puteri UMNO Dungun, Arlina Rosli yang juga Pengarah Eksekutif Red Glow Academy merangkap Pengasas Spa Mobil Butterfly berkata individu yang berminat untuk menyertai akan diberi latihan di akademi tersebut dan diberi kit spa yang lengkap.

“Mereka boleh ke mana-mana cawangan Puteri untuk mengisi borang permohonan atau ke booth kami di Laman Puteri untuk mendaftar sebagai ejen atau pembekal.

“Kursus lima hari akan diberikan bagi menjadikan mereka ahli perniagaan yang bertauliah,” katanya.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

– AH

Tinggalkan komen anda