NSBSA Mula Kayuhan, Catat Malaysia Book Of Records

IMG-20180312-WA0075

 

Laporan & Foto Oleh : Norhasliza Hamzah & Khairul Hadi Mahat (Segamat)

 

SEGAMAT, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Dua lelaki lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) memulakan kayuhan mereka semalam untuk mencatat rekod dalam Malaysia Book Of Records (MBR).

Selain dua orang OKU penglihatan, turut sama dalam kayuhan ini ialah dua pembantu dari Persatuan Sukan OKU Penglihatan Negeri Sembilan (NSBSA).

Majlis minum petang bersama ahli-ahli kelab berbasikal Segamat dan Negeri Sembilan sejurus tamat hari pertama jelajah.

Majlis minum petang bersama ahli-ahli kelab berbasikal Segamat dan Negeri Sembilan sejurus tamat hari pertama jelajah.

Presiden Persatuan Sukan OKU Penglihatan Negeri Sembilan (NSBSA), Shamsul Anuar Amat Kasi yang turut sama dalam kayuhan ini berkata, mereka akan membuat kayuhan basikal tandem dengan jarak paling jauh oleh satu kumpulan (cacat penglihatan).

Kayuhan basikal Jelajah Malaysia 2018 pada hari pertama ini bermula semalam, dari Rembau, Negeri Sembilan ke Segamat, Johor dengan melalui Melaka.

Ketibaan mereka di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Segamat, semalam disambut Pegawai Daerah Segamat, Abdul Rahman Salleh.

Pegawai Daerah Segamat, Abdul Rahman Salleh menyampaikan cenderamata kepada Shamsul Anuar Amat Kasi, Presiden NSBSA sebagai tanda kenangan dan sokongan terhadap Jelajah Malaysia 2018.

Pegawai Daerah Segamat, Abdul Rahman Salleh menyampaikan cenderamata kepada Shamsul Anuar Amat Kasi, Presiden NSBSA sebagai tanda kenangan dan sokongan terhadap Jelajah Malaysia 2018.

Menurut Shamsul lagi, rekod yang akan dipecahkan itu adalah bagi kayuhan basikal tandem dengan jarak paling jauh melibatkan satu kumpulan (cacat penglihatan) sejauh 1,505 kilometer mengelilingi Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, kayuhan ini melibatkan 40 peserta terdiri daripada dua peserta OKU penglihatan, seorang OKU cacat anggota, ahli NSBSA serta kakitangan Jabatan Penjara, berlangsung selama 15 hari dan berakhir pada 25 Mac di Port Dickson.

Ahli kelab berbasikal Segamat bukan sahaja menyambut di sempadan Segamat/Tangkak pada hari pertama, bahkan mengiiringi peserta jelajah pada hari kedua sehingga ke sempadan Segamat/Rompin.

Ahli kelab berbasikal Segamat bukan sahaja menyambut di sempadan Segamat/Tangkak pada hari pertama, bahkan mengiiringi peserta jelajah pada hari kedua sehingga ke sempadan Segamat/Rompin.

“Sepatutnya kayuhan pada hari pertama mengambil masa 1 jam 30 minit, namun begitu disebabkan faktor jalan dan ada yang cedera, ia mengambil masa 2 jam 30 minit dengan kayuhan sejauh 139.6 kilometer merentasi 3 negeri.

“Walau bagaimana pun, ini membuktikan bahawa orang kurang upaya mampu bersaing dengan orang normal yang lain ,” ujur beliau lagi.

Sebelum ini, NSBSA adalah pemegang rekod berkenaan dengan catatan rekod sejauh 171.2 kilometer pada 2014 dan 316 kilometer pada 2015.

IMG-20180312-WA0078

Para peserta dilepaskan pada hari kedua, pagi tadi oleh Ahli Parlimen Segamat yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dengan diiringi hampir 50 orang ahli-ahli kelab berbasikal Segamat sehingga ke sempadan Johor/Pahang sebelum mereka menuju ke daerah Pekan, Pahang sejauh 129.2 kilometer.

Para peserta dilepaskan pada hari kedua, pagi tadi oleh Ahli Parlimen Segamat yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam di sini.

Para peserta dilepaskan pada hari kedua, pagi tadi oleh Ahli Parlimen Segamat yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam di sini.

Hadir sama pada majlis pelepasan ini, Pegawai Daerah Segamat, Abdul Rahman Salleh dan Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat.

– MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...