Skip to main content
GlobalViral

Dua Warga Australia Mengharungi Detik Akhir Sebelum Ditembak

By 28 April 2015Tiada komen1 minit bacaan

INDONESIA  28 Apr — Sekumpulan banduan yang bakal menjalani hukuman mati di atas  kesalahan bersabit dadah kini meluangkan detik-detik terakhir bersama anggota keluarga masing-masing.

Anggota keluarga warga Australia Andrew Chan dan Myuran Sukumaran kelihatan amat tertekan dan sedih, sementara adik perempuan Sukumaran rebah dan terpaksa dipapah.

Chan, Sukumaran dan tujuh orang lagi dijangka akan menjalani hukuman mati di hadapan skuad penembak awal malam ini.

Sementara itu, seorang pesalah warga Perancis sedang menunggu rayuannya disemak semula.

Media Australia melaporkan bahawa anggota keluarga Chan dan Sukumaran diberikan kira-kira lima jam untuk mengucapkan selamat tinggal.

Abang dan adik kedua-dua pesalah itu juga telah membuat rayuan terakhir untuk pengampunan. Seorang daripada mereka, Michael Chan menggambarkan situasi itu sebagai seksaan yang amat sangat.

Menteri Luar Australia Julie Bishop sebelum ini mendesak Indonesia supaya melewatkan hukuman sehingga siasatan berhubung rasuah yang membabitkan kedua-dua banduan tersebut selesai.

Bagaimana pun, Peguam Negara Indonesia HM Prasetyo mengesahkan bahawa semua Sembilan orang pesalah itu akan menjalani hukuman mati seperti yang ditetapkan.

 

–Malaysiaaktif

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda