Skip to main content
GlobalHome

Gempa Bumi Nepal: Rakyat Malaysia Selamat

By 26 April 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tiada rakyat Malaysia yang cedera atau terkorban dalam bencana gempa bumi yang melanda Nepal, pagi Sabtu.

Kementerian Luar berkata, pejabatnya di Kathmandu dan New Delhi, India menghubungi semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengannya dan mendapati mereka selamat.

Jurucakapnya berkata, ia juga berdasarkan laporan awal, bagaimanapun pihak kedutaan di Kathmandu memaklumkan berlaku gempa bumi susulan di kawasan sekitar ibu negara Nepal itu.

Beliau berkata, sekumpulan pendaki dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang sedang mendaki Gunung Everest juga selamat, walaupun berlaku tanah runtuh di kawasan itu.

Katanya, semua pendaki rakyat Malaysia itu kini berada di khemah pangkalan di pergunungan itu.

“Kami meminta semua warga Malaysia di Kathmandu dan kawasan yang terjejas supaya tenang, sentiasa berada di tempat yang selamat dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal,” katanya.

Beliau menambah, perkhidmatan tempatan seperti telekomunikasi digunakan sepenuhnya untuk melancarkan bantuan kepada mangsa bencana itu.

Hampir 900 penduduk Nepal dilaporkan terkorban dalam kejadian yang berlaku pada pukul 11.56 pagi itu.

Gempa berukuran 7.9 skala Richter itu adalah antara yang terkuat berlaku di rantau ini sejak sedekad lalu.

–The Star

Tinggalkan komen anda