Skip to main content
GlobalHomeViral

Cameron Rangka Kabinet Baru UK Setelah Peroleh Mandat

By 10 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

LONDON, 10 Mei —Ā Perdana Menteri Britain, David Cameron kini dalam proses merangka Kabinet baharunya selepas memperoleh mandat untuk menerajui negara itu untuk penggal kedua.

Ia susulan kemenangan 331 daripada 650 kerusi yang dicapai Parti Konservatif di Parlimen selepas mencatatkan keputusan luar biasa dengan menewaskan tiga pesaing utamanya.

Laporan AFP menyebut, beliau dijangka melengkap senarai Kabinet baharunya pada Isnin ini sebelum mengumumkan jawatan timbalan menteri seminggu selepas itu.

Cameron dijangka melantik semula beberapa muka lama seperti Menteri Pertahanan, Philip Hammond, Menteri Kewangan, George Osborne dan Menteri Dalam NeĀ­geri, Theresa May.

Pada pilihan raya yang berlangsung Sabtu, undian terhadap Parti Konservatif dan Parti Nasional Scotland (SNP) meningkat secara luar biasa, sebaliknya pemimpin Parti Buruh dan Parti LiĀ­beral Demokrat meletakkan jawatan selepas mengalami kekalahan teruk.

Malah, pemimpin Parti Bebas United Kingdom (UKIP) turut keluar selepas hanya mendapat satu kerusi.

Cameron dalam ucapan kemenangannya berkata, beliau berjanji membawa kemajuan negara itu secara bersama-sama.

Tinggalkan komen anda