
Langkawi, 11 Mei (Malaysiaaktif) — Lebih seribu orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Warga Myanmar-Rohingnya, dan Bangladesh ditahan dalam satu serbuan besar-besaran di sekitar Pulau hari ini.
Sumber yang tidak mahu identitinya didedahkan, memberi tahu Malaysiaaktif serbuan dilakukan hasil aduan penduduk kampung.
Menurut sumber itu lagi, operasi disertai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, RELA dan bantuan penduduk kampung persekitaran.
Kesemua PATI ini dipercayai membolosi perairan negara, sebelum menduduki kampung-kampung di pulau ini sejak sekian lama.