Skip to main content
HomeViral

Doris Jones Yang Dikehendaki Polis Tidak Dapat Diekstradisi

By 22 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KOTA KINABALU, 22 Mei — Malaysia tidak dapat mengekstradisi aktivis warga Sabah yang dikehendaki polis, Doris Jones kerana perundangan Britain tidak mengiktiraf jenayah mengikut Akta Hasutan.

Berpangkalan di London, beliau adalah aktivis yang memimpin pergerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM).

Inspektor Mohd Shahrizan Yahaya berkata, pihaknya hanya boleh menahan Jones yang dikenal pasti sebagai Yapp Kim Youn jika dia pulang ke negara ini.

Beliau menjelaskan, pihak Interpol juga bersedia untuk menahannya jika didapati terbabit dalam jenayah kecuali Akta Hasutan yang dimansuhkan di negara itu.

Beliau berkata demikian ketika sesi dialog selepas menyampaikan ceramah berkaitan militan Islam dan ancaman ideologi SSKM di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Khamis.

Jones tersenarai antara individu dikehendaki di negara ini sejak awal tahun ini selepas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengumumkan Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Jones telah mewujudkan gambaran palsu bahawa Sabah dan Sarawak ‘berjuang’ untuk menarik diri dan memperoleh kemerdekaan daripada Malaysia.

–The Star

Tinggalkan komen anda