
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Malaysiaaktif) — Satu kemalangan berlaku sebelum susur keluar E26 di Lebuhraya SKVE sebentar tadi.
Kemalangan pada kira-kira pukul 6 petang itu memabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux yang dipercayai dihimpit oleh sebuah kereta jenis Proton Waja.
Menurut orang ramai yang berada di lokasi kemalangan itu, kereta berkenaan terbabas, melambung dan terbalik melanggar penghadang jalan.
Pelapor Malaysiaaktif, Pradeep Kumar yang berada di tempat kejadian berkata ketika dia berhenti, mangsa yang dipercayai pemandu di dalam kereta tersebut masih terperangkap.