
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Malaysiaaktif) — Bekas penyewa rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong, ibu negara diburu oleh polis berikutan penemuan mayat reput di bawah lantai rumah yang di sewanya.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata mayat itu adalah budak lelaki berusia antara 8 dan 10 tahun.
Bekas penyewa rumah itu, Loo Chon Wen, 33 tahun dipercayai masih berada di negara ini.
Jiran yang ditemui memberitahu mereka selalu mendengar Loo memukul anaknya.
Mayat itu ditemui oleh tuan rumah yang mahu mengubahsuai rumah itu selepas ia dikosongkan sejak sebulan lalu.