Skip to main content
Home

Pemandu Lori Maut Apabila Lori DiLanggar MyVi

By 2 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KOTA KINABALU, 2 Jun (Malaysiaaktif) —  Seorang pemandu lori maut selepas dilanggar dari arah belakang sebelum terbabas di kilometer 10 jalan Tuaran di sini.

Mangsa yang dinali sebagai David Liwas, 42 tahun cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 6 pagi tadi ketika lori dipandu mangsa dari arah Menggatal menghala ke Kota Kinabalu dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta Perodua Myvi sehingga lori itu hilang kawalan lalu terbabas.

Siasatan awal mendapati kejadian disebabkan kecuaian pemandu kereta Perodua Myvi yang disyaki memandu laju serta mengekori rapat lori yang berada di hadapan lalu terlanggar dan menyebabkan kemalangan maut itu berlaku.

Pemandu lori disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala, manakala pemandu kereta Perodua Myvi pula yang juga cedera dibawa ke hospital Queen Elizabeth II untuk rawatan.

Mayat pemandu lori dibawa ke unit forensik hospital yang sama untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan, 1987.

Tinggalkan komen anda