Skip to main content
EkonomiHome

Perubahan Yang Akan Berlaku Dalam MAS

By 2 Jun 2015Tiada komen3 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 2 June — Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah melalui fasa pertama dalam melaksanakan pembaharuan dan perubahan dengan menghantar surat notis pemakluman mengenai status 20,000 kakitangannya pada Isnin.

Kurang lebih 6,000 kakitangan meliputi semua jabatan dan unit telah pun mengetahui yang mereka tidak akan bersama-sama syarikat penerbangan ini dalam tempoh tiga bulan lagi.

Apa lagi perubahan yang akan berlaku dalam MAS?

Berikut adalah senarainya:

> 20,000 kakitangan MAS disemua peringkat menerima surat pemberhentian kerja serentak. Daripada jumlah ini, 14,000 kakitangan telah ditawarkan semula kerja tetapi di bawah syarikat baru iaitu MAS Bhd.

> Kesemua mereka yang ditawarkan semula kerja diberi tempoh sehingga 12 Jun untuk memutuskan sama ada mahu menerima tawaran baru berkenaan.

> Ini bermakna, 6,000 kakitangan lagi akan ditamatkan perkhidmatan dengan bayaran pampasan mengikut tahun bekerja.

> Menjelang 1 September, MAS akan menghentikan urusniaga di Bursa Saham dan kod MH akan bertukar tangan kepada syarikat baru itu.

> Jenama MH memiliki sentimen yang sangat kuat dengan rakyat Malaysia tetapi di sesetengah negara, ia adalah jenama yang sudah tercalar dengan insiden dua malapetaka yang menimpa MAS tahun lalu.

> Entiti baru MAS atau syarikat lamanya akan melupuskan tanah, bangunan dan beberapa unit perniagaan lain yang kesemuanya bernilai lebih RM500 juta dalam usaha untuk mengurangkan beban.

> Antaranya kompleks MAS yang terletak di hub penerbangan Subang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah serta bangunan-bangunan yang menempatkan beberapa pejabat utamanya bernilai RM463.21.

> MAS juga mempunyai lapan bangunan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang bernilai RM22 juta.

> MAS turut memiliki bangunan tujuh tingkat di Jalan Cromwell, London bernilai RM22.18 juta.

> Selepas melupuskan kesemua aset ini dalam tempoh antara satu hingga tiga tahun, MAS hanya akan memiliki dua bangunan berhampiran KLIA yang mana ibu pejabatnya sekarang berpusat.

> Keseluruhan operasi MAS di Subang akan dipindahkan walaupun anak syarikatnya Firefly akan terus beroperasi dari Subang.

> Pejabat operasi Firefly akan turut dipindahkan dari Subang ke satu lokasi lain.

> Beberapa syarikat swasta telah menyatakan minat untuk bekerjasama dengan MAS untuk mengendalikan beberapa unit perniagaannya seperti unit penyelenggaraan dan baik pulih.

> MAS tidak menolak untuk menerokai ruang kerjasama dengan AirAsia.

> Pemilik MAS Khazanah Nasional mengesahkan ia telah menerima 27 cadangan daripada pelbagai pihak sama ada berminat untuk mengadakan kerjasama perniagaan dengan entiti baru MAS atau pun berminat untuk mengambil bahagian dalam pemegangan ekuiti.

> MAS memerlukan tempoh tiga tahun untuk pulih dan selepas itu menjangkakan pertumbuhan mulai 2017 atau 2018.

> Pengurusan baru telah mengenalpasti 40 projek yang berupaya menjana pendapatan.

> Entiti MAS yang baru yang akan beroperasi mulai 1 September akan memiliki 12 subsidiari yang akan berfungsi di bawah tiga kumpulan iaitu;- (i) Operasi – MAS, Firefly, MAS Wings. (ii) Kumpulan Sokongan – Penyelenggaraan dan Baik Pulih, Pengendalian, MAS Holiday dan Enrich (iii) Pembangunan dan Pembelajaran – Akademi MAS, Kejuruteraan, Latihan Penerbangan dan Operasi.

 

— The Star

Tinggalkan komen anda