
BENTONG, 2 Jun (Malaysiaaktif) — Susulan video klip aksi buli dipercayai membabitkan pelajar sekolah berasrama yang tersebar di laman sosial semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Suprintendent Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata, ketiga-tiga suspek terlibat yang berumur 15 dan 16 tahun telah pun ditahan dan diambil keterangan hari ini.
Kejadian yang berlaku Jumaat lepas dikatakan akibat rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa.
Suspek dipercayai telah menendang dan menumbuk mangsa menyebabkan mangsa mengalami lebam di badan.
Video sepanjang 21 saat itu dirakam oleh seorang pelajar kolej berkenaan dan telah menjadi viral di laman sosial Facebook.
Kesemua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.