
KUALA LUMPUR, 1 Jun (Malaysiaaktif / Eksklusif) — Yahoo! Malaysia meletakkan gambar masjid sebagai ilustrasi laporan berita mengenai serbuan oleh penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Melaka ke atas beberapa buah pusat hiburan di bandar Melaka awal pagi Isnin.
Dalam serbuan pada pukul 12.30 itu seorang pengarah filem warga China dan dua pemilik pub Singapura di antara 15 orang yang ditahan.
Yahoo! memetik berita yang dilaporkan oleh News Straits Times dan menyiarkannya di portal sendiri, tetapi dengan menambahkan gambar Masjid Selat Melaka.
Tidak diketahui mengapa Yahoo! menggunakan gambar masjid untuk ilustrasi berita serbuan itu, walhal jelas ia tidak sesuai mahu pun relevan kepada konteks yang dimaksudkan.
Sementara itu, semakan di portal berita New Straits Times tidak pula menggunakan gambar berkenaan.
– Malaysiaaktif