Skip to main content
HomeViral

Kebakaran Kecil Di Tingkat 4 KOMTAR

By 23 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Azrul Hassan

GEORGETOWN, 23 Julai (Malaysiaaktif) – Asap dan bau hangit di dalam Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini pagi tadi menggemparkan orang ramai.

Berikutan itu, tiga buah jentera  dari Balai Bomba Lebuh Pantai dan sebuah jentera ‘tangki’ dari Balai Jalan Perak bersama 18 anggota dikejarkan ke bangunan tersebut pada kira-kira pukul 8.00 pagi.

 

20150722212750

 

Menurut Pegawai Bomba dan Penyelamat, Rozairi Abdul Rahim, mereka mendapati sampah terbakar di Tingkat 4 bangunan berkenaan, berhampiran panggung wayang lama.

Beliau berkata kebakaran mula disedari awal pagi sebelum pihak bomba dimaklumkan.

Kebakaran berjaya dipadamkan dan seterusnya kakitangan jabatan-kabatan kerajaan di KOMTAR dibenarkan masuk semula ke premis masing-masing pada kira-kira pukul 8.30 pagi.

Punca sebenar kejadian masih sedang disiasat.

Tinggalkan komen anda