Skip to main content
HomeViral

Program Nur Ramadhan Bersama Gelandangan di Kuala Lumpur

By 13 Julai 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Anwar Aizuddin Abdul Wahab

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada gelandangan di Pusat Khidmat Sementara Gelandangan, Lorong Medan Tuanku 2;

Program anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini lanjutan daripada Program Nur Ramadhan KWP yang diadakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dari  23 Jun hingga 9 Julai.

Seramai 300 gelandangan menerima sumbangan wang tunai RM200, termasuk kain pelikat, kain batik dan bungkusan makanan sumbangan KWP dan DBKL.

 

20150713034553

 

Selain itu, mereka juga menerima hadiah Aidilfitri sumbangan Sinotech Property Development Sdn. Bhd, manakala anak-anak gelandangan menerima goodies pack sumbangan KWP.

Pembangunan di Lot 1996, Lorong Medan Tuanku 2, Jalan Sultan Ismail merupakan bangunan dua tingkat yang dirancang sebagai pembangunan sementara. Ia bagi menyediakan kemudahan kadar segera bagi kegunaan dalam jangka masa terdekat.

Bangunan itu dibangunkan di atas tanah milik kerajaan dan akan digunakan sebagai pusat khidmat dan antara pusat agihan makanan kepada gelandangan di sekitar Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan berdekatan.

Di sini terdapat ruang pengagihan makanan, tandas, bilik air, ruang solat dan bilik-bilik di Pusat Khidmat Sementara Gelandangan ini. Struktur bangunan menggunakan sistem Industrialised Building System (IBS) yang berkonsepkan pembinaan pasang siap.

Projek ini di bawah seliaan KWP melalui Inisiatif Program Tanggungjawab Sosial Korporat  (CSR) Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Sinotech Property Development Sdn. Bhd.

Operasi pusat ini akan diselaraskan oleh DBKL melalui pelan tindakan yang disediakan oleh KWP dengan bantuan

 

Tinggalkan komen anda