Skip to main content
EkonomiHomeViral

Rafidah: Politik Wang Seharusnya Ditolak Semua

By 25 Ogos 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Jeniffer Duis

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Malaysiaaktif) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mendedahkan pentadbiran beliau kepada pengaruh asing, dengan menerima wang sebanyak RM2.6 bilionĀ  sumbangan daripada dermawan Arab, menurut veteran Umno, Tan Sri Rafidah Aziz.

Menyentuh kenyataan Najib bahawa derma itu adalah untuk Umno, beliau berkata,ā€Umno merupakan tulang belakang kepada kerajaan BN. Mempengaruhi Umno bermakna mempengaruhi kerajaan.ā€

‘Soalan saya ialah sama ada apa-apa jenis pakatan telah dipersetujui. Apa yang telah dijanjikan kepada penderma? Apa yang mereka harapkan sebagai balasan? ‘

Kenyataan Rafidah semalam itu telah dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini.

Rafidah, yang memegang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dari 1987 hingga 2008, berkata dia melihat sumbangan itu sebagai lanjutan daripada masalah yang sudah lama mengiringi politik wang dalam Umno.

‘Semua anggota Umno perlu merasa dibebani oleh masalah RM2.6 bilion,’ katanya. ‘Ia menunjukkan bahawa politik wang dalam Umno telah mencapai tahap ketinggian yang baharu.

‘Pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat mesti menerima tanggungjawab akibat penerimaan derma dari presiden parti Umno.’

‘Semestinya sebahagian wang itu telah turun ke peringkat akar umbi dan banyak yang sudah merasainya.’

‘Kita seharusnya menolak politik wang supaya sesiapa saja yang dipilih sebagai pemimpin akan benar-benar mampu berkhidmat?’ katanya lagi.

Tinggalkan komen anda