Skip to main content
Berita TempatanHomeViral

Hiburan, Pendidikan dalam iMalaysia App, iMalaysia Game 

By 25 Ogos 2015Tiada komen2 minit bacaan

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Bagi merancakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Multimedia Development Corporation (MDeC) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memperkenalkan dua aplikasi baharu, iaitu iMalaysia App dan iMalaysia Game.

iMalaysia App merupakan idea kreatif  pemilik Terato Tech, Reza F. Razali. Mereka  mengambil masa lebih enam minggu untuk menyiapkan aplikasi yang membolehkan  masyarakat berkongsi cerita patriotik selain memperoleh maklumat terkini tentang aktiviti bulan kebangsaan dan menyertai pelbagai pertandingan.

 

peran2

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak melancarkan kedua-dua aplikasi.

 

pern1

Pelajar MaktabTentera Diraja Malaysia (RMC)

 

Pengarah Tomato Animation, Charlie Chan yang mengilhamkan kedua-dua aplikasi ini menggabungkan aspek pendidikan dan hiburan bagi menarik minat pengguna.

Perubahan era sejak zaman 1950-an dimasukkan dalam bentuk visual sebagai antara muka agar pengguna lebih  tahu tentang fakta sejarah Malaysia.

Menurut Ketua Eksekutif MDeC Datuk Yasmin Mahmood, pelancaran aplikasi ini cukup bermakna kerana buat julung kalinya kita dapat menggunakan pakar bidang ICT tempatan untuk menghasilkan aplikasi bertaraf dunia.

MDeC turut mengumumkan Pertandingan iMalaysia Game bermula hari ini sehingga 30 September. Pengumpul mata tertinggi yang memuat naik maklumat di Facebook berpeluang menang hadiah utama pakej percutian RM10, 000, dan  tiga Sony Playstation 4.

Kedua-dua aplikasi iMalaysia dan iMalaysia Game boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apple App Store.

Majlis pelancaran  disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak di Bangsar petang tadi.

 

peran4

Anak yatim Baitul Sakinah Kota W arisan turut hadir di pelancaran.

Tinggalkan komen anda