Skip to main content
EkonomiHomeViral

CGC Naikkan Jumlah Pinjaman Bumiputera RM1.19 Bilion

By 21 September 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Jaitripta a/p Kaur Saini (Petaling)

PETALING JAYA, 21 Sept (Malaysiaaktif) — Sasaran jumlah pinjaman Credit Guarantee Corporation (M) Sdn Bhd (CGC) tahun ini dinaikkan daripada RM3 juta kepada RM3.6 juta

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong, CGC telah melepasi RM2.5 bilion yang diluluskan.

Sehubungan itu, beliau berkata CGC akan terus memainkan peranan dalam menyediakan cagaran kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi tujuan mendapatkan kredit.

Hingga kini, CGC berjaya membantu sebanyak 430,000 PKS membabitkan pinjaman dan jaminan berjumlah RM56 bilion.

Chua berkata PKS boleh menghubungi CGC terus di mana-mana 16 cawangan di seluruh negara bagi mendapatkan perkhidmatan dan bantuan yang juga terbuka kepada syarikat-syarikat permulaan.

Beliau memaklumkan media demikian selepas lawatan ke ibu pejabat CGC di sini pada Isnin.

Terdahulu, Chua merasmikan laman web terbaharu CGC yang boleh diakses dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

CGC berperanan membantu mengurangkan risiko dan meningkatkan jumlah pinjaman, terutama bagi kalangan PKS, yang merupakan 97 peratus jumlah keseluruhan perniagaan dalam negara.

Perbadanan tersebut  telah meluluskan pembiayaan bernilai RM51 juta untuk lebih 600 syarikat permulaan di bawah skim pembiayaan BizMula-i, dengan baki dana berjumlah hampir RM13 juta.

Syarikat permulaan yang beroperasi kurang daripada tiga tahun, tiada mempunyai cagaran dan rekod masih boleh memohon pembiayaan sehingga RM300,000 di bawah skim ini.

Sementara itu, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak berkata, sasaran jumlah pinjaman Bumiputera juga telah disemak semula menjadi RM1.19 bilion berbanding RM900 juta sebelum ini.

 

Tinggalkan komen anda