Skip to main content
Viral

Johor Tutup Sekolah Esok, Melaka Seperti Biasa

By 29 September 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

PETALING JAYA, 29 Sept — Semua sekolah di negeri Johor ditutup esok (Rabu) ekoran jerebu.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan media pada Selasa berkata keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

“Sehingga jam 4 petang hari ini, 29 September 2015 mendapati keadaan jerebu di negeri Johor masih tidak banyak berubah berbanding hari semalam.

“Sehubungan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Johor perlu ditutup pada 30 September 2015 (Rabu).

“Bagi negeri Melaka, semua sekolah hendaklah dibuka seperti biasa pada 30 September kerana keadaan jerebu di negeri ini telah bertambah baik,” menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di Johor diarahkan memaklumkan perkara ini kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing dengan kadar segera.

— MS

 

Tinggalkan komen anda