Skip to main content
HomeViral

Video Empat Orang Perompak Sedang Viral Di Media Sosial

By 29 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Pradeeb Kumar Velayutham

PULAU PINANG, 29 Sept (Malaysiaaktif) –  Video empat orang perompak memakai jaket hitam,  muka ditutup visor helmet  yang melarikan diri bersama dulang barang kemas selepas merompak sebuah kedai emas di Jalan Medan Kurau 1, Taman Chai Leng di Pulau Pinang petang tadi menjadi viral di Facebook.

Difahamkan bahawa perompak- perompak tersebut tiba di hadapan kedai itu dengan menaiki  dua buah motosikal pada kira-kira  pukul 12:00 tengahhari tadi.

Dalam video tersebut kelihatan tiga orang perompak masuk ke  dalam  kedai, manakala seorang lagi yang bersenjatakan dua pucuk pistol menunggu di luar kedai itu sambil mundar mandir dan melepaskan tembakan ke udara sejurus sebelum rakan-rakannya keluar daripada kedai emas berkenaan.

Polis Pulau Pinang kini sedang menyiasat kejadian.

 

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda