Skip to main content
HomeLabuanViral

1, 203 Calon Di Labuan Duduki PT3

By 11 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

LABUAN, 11 Okt  — Sejumlah 1,203 calon akan menduduki ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang akan bermula di sini Isnin ini.

Ujian bertulis itu yang akan berakhir Khamis ini memasuki tahun kedua pelaksanaannya dengan gred keputusan peperiksaan di dalam bentuk A, B, C, D, E, dan F.

Pengarah Pendidikan Labuan, Mistirin Radin berkata kepada Bernama hari ini bahawa ujian bertulis berkenaan akan berlangsung di 10 pusat peperiksaan di pulau bebas cukai itu.

“Kami berharap ujian bertulis PT3 yang berlangsung selama tiga hari dari 12, 13 dan 15 Okt tidak akan tergendala berikutan keadaan cuaca yang baik,” katanya.

Ujian bertulis itu menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan meliputi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam.

Mata pelajaran lain ialah Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun yang diajar di sekolah-sekolah tertentu di dalam negara.

—BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda