Skip to main content
Berita TempatanSelangor

3,000 Sertai Hari Sukan Negara 2015 Daerah Klang

By 10 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Ahmad Shariff

KLANG, 10 Okt (Malaysiaaktif) —  Keadaan yang masih berjerubu da tidak menghalang hampir 3,000 penduduk Daerah Klang menyertai Hari Sukan Negara 2015 Peringkat Daerah Klang yang di adakan di Komplek Sukan Rakan Muda Daerah Klang, Perepat.

Sebanyak 20 acara diadakan, termasuk Larian Amal, Kayuhan Basikal, Senam Zumba, Silat, Silamban, Karate, Mendaki Dinding, Gusti Lengan, Motocross, Jalan Sihat 10,000 Langkah Tai Chi dan lain-lain.

 

sgor2

Turut memeriahkan program hari ini, Komuniti 1 Malaysia (K1M) Daerah yang muncul sebagai antara penganjur dan rakan kongsi bersama Pejabat Belia dan Sukan Klang.

Bagi pihak penganjur, program Hari Sukan Negara ini dapat memupuk perpaduan di samping melahirkan masyarakat cergas dan sihat.

Mereka berharap supaya Hari Sukan Negara dapat diteruskan dan dijadikan acara takwin negara.

Secara keseluruhan sebanyak enam K1M mengadakan pelbagai aktiviti sempena program berkenaan.

Majlis perasmian di sempurnakan oleh Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kapar , Haji Azhar Ayob yang mewakili Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Haji Faizal Abdullah.

 

sgor3

 

 

Tinggalkan komen anda