Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Hari Sukan Negara Eratkan Silaturrahim Penduduk Kampung

By 10 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Siti Yusmila Yusof (Baling)

BALING, 10 Okt (Malaysiaaktif) — Hari Sukan Negara 2015yang diadakan serentak di seluruh negara sejak pagi tadi turut diadakan bagi manfaat penduduk Baling.

Antaranya, acara-acara yang dianjurkan oleh jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing.

Sehubungan itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Binjul Dalam, Zalilah Mat Zain merakamkan ucapa terima kasih kepada pihak JKKK kampung tersebut di atas inisiatif bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menjayakan acara.

 

20151010015733 (2)

20151010015733 (1)

 

“Usahasama ini akan diteruskan lagi dimasa hadapan supaya pihak sekolah dan penduduk kampung dapat terus bekerjasama dalam menjayakan lain-lain program” katanya.

Sementara itu, Setiausaha JKKK Kampung Binjul Dalam, Mohd Nazri Ibrahim melahirkan rasa gembira  kerana program ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Beliau berterima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah di atas sumbangan dani untuk program berkenaan.

Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Besah, Mat Husin Ishak turut berterima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Baling kerana membantu menyediakan kemudahan pembesar suara bagi melancarkan program ini serta menyediakan hadiah cabutan bertuah.

Antara aktiviti yang disenaraikan  hari ini, termasuk senamrobik, tuju tin, memancing botol, bola sepak kain pelikat, timbang bola sepak raga, golf padang serta gubahan kain tuala.

Acara sukan bermula pada pukul 8.00pagi dan dihadiri lebih 300 orang penduduk kampung.

 

20151010015733 (5)

 

 

Tinggalkan komen anda