Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Raja Muda Ketuai Konvoi Berbasikal Hari Sukan Di Perlis

By 10 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Anuar Che Mat (Perlis)

KANGAR, 10 Okt (Malaysiaaktif) — Kerajaan Negeri Perlis bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perlis hari ini mengatur pelbagai acara sempena Hari Sukan Negara 2015.

Menerusi inisiatif nasional ini, Perlis juga menyambut baik usaha ke arah memupuk semangat kesukanan dan cara hidup sihat di kalangan rakyat dan pemimpin.

Program peringkat negeri yang diadakan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, termasuk kejohanan Liga Sukan Untuk Semua (LISUS) yang merangkumi acara futsal, bola jaring, bola tampar, sepak takraw, pertandingan aerobicthon, kejohanan bola sepak 9 sebelah bawah 12 tahun, mini games, jualan hari sukan negara, jualan peralatan sukan serta pertandingan gusti lengan.

Bagi negeri Perlis, Hari Sukan Negara 2015 dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Syed Sirajuddin Jamalullail.

Sementara itu, acara Konvoi Jelajah Berbasikal Sukan Institusi Pendidikan Malaysia  (SIPMA) Ke-6 sejauh 20 kilometer turut menyaksikan baginda memegang teraju sebagai ketua.

Konvoi tersebut melakarkan sirkit mengelilingi beberapa kawasan di Kangar dan Perlis.

Turut hadir Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Hajjah Laillatul Shahreen Akashah Khalil dan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

 

 

Tinggalkan komen anda