
BINTULU, 30 Okt (Malaysiaaktif) — Seramai 47 orang terdiri daripada pegawai kanan dan kakitangan lain Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) melakukan lawatan ke Rumah Panjang Uma Sambop, Belaga hari ini.
Rombongan tersebut menaiki sembilan buah kenderaan secara berkonvoi ke lokasi dalam rangka lawatan sempena program ‘Connecting The Unconnected’ JaPen.
Turut diadakan sepanjang program ini termasuk, acara gotong royong, sukaneka, persembahan Orang Ulu, Karaoke, mengecat bangunan sekolah dan menaik taraf gelanggang bola tampar.
Di lokasi ini terdapat sebanyak 68 pintu rumah yang didiami seramai 610 orang penduduk terdiri daripada suku kaum Kenyah. Tuai Rumah Uma Sambop ialah Simon Ambit.