Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Jogathon Amal SRJKC Chong Hwa Untuk Kumpul Dana

By 31 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Edawati Sulaiman @ Hod (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Malaysiaaktif) —  Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari, melepaskan acara Jogathon Amal untuk mengumpul dana Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Chong Hwa.

Beliau diiringi Datuk KC Lim, Guru Besar Sekolah, Puan Gan Guat Sim serta Pengerusi PIBG, Seow Ah Kim.  Program ini menghimpunkan lebih kurang 1000 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar sekolah tersebut.

Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu 2km untuk pelajar dan 3km untuk peserta terbuka.

 

20151031015401

 

Menurut Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan 1Kokurikulum, Lau Dei Dee, sekolah ini mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1ribu hingga ke RM2 ribu. Bukan sekadar untuk mengutip dana malahan program ini juga menyahut seruan Menteri Belia dan Sukan agar kekal sihat dan cergas sepanjang masa dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurut Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Seet Gek Heng, senam seni berirama yang dilakukan selama setengah jam dua kali seminggu di awal hari persekolahan merupakan rahsia sekolah SRKJC Chong Hwa dalam melahirkan generasi masa depan yang cergas dan cerdas.

Bapa pelajar, Rizal Razali, merasa sungguh gembira kerana anak beliau sama-sama mengambil bahagian dalam program sekolah ini dan sanggup meluangkan masa untuk menyokong pihak sekolah. Bagi beliau, walaupun berbeza namun semangat kesukanan dan sikap saling membantu satu sama lain dapat membentuk satu perpaduan kaum yang erat dan mampu membantu sekolah mengumpulkan dana.

 

Tinggalkan komen anda