Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Jailani Di Sembang Warung Bersama Penduduk Kg Assyakirin

By 30 Oktober 2015Oktober 31st, 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Sambay Sez (Sarawak)

BINTULU, 30 Okt (Malaysiaaktif) — Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari pagi ini hadir di majlis Sembang Warung anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Rahmat Coffee House dekat Kampung Assyakirin.

Beliau disertai seramai 20 orang OBP dan penduduk Kg Assyakirin yang diketuai oleh Pengiran Hamdan, Pengiran Kerta, dan Ketua Kampung Assyakirin FASA 1. Antara perkara yang disembangkan oleh Jailani termasuk berkenaan perkhidmatan Pos Malaysia, Kampung Tanpa Wayar dan pemasaran produk tempatan.

Beliau juga menyeru orang kampung supaya menganjurkan kursus haji.

Orang kampung pula memohon Jabatan Penerangan menganjurkan satu majlis sivik atau dialog di kampung mereka sebagai platform untuk menyebarkan maklumat kerajaan daripada pelbagai agensi kerajaan

Sempena majlis tersebut, Jailani juga berpeluang menikmati menu tempatan, seperti laksa Sarawak, Mee Kolok dan pelbagai kuih muih.

Tinggalkan komen anda