Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Lebih 1500 Peserta Di Konvensyen K1M Peringkat Kebangsaan

By 30 Oktober 2015Oktober 31st, 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

BINTULU, 30 Okt (Malaysiaaktif) — Seramai lebih 1500 ahli Komuniti 1Malaysia (K1M) berkumpul dalam Konvensyen Komuniti 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2015 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Dewan Suarah Bintulu.

Konvensyen kali ke-5 ini menghimpunkan pemimpin K1M dari seluruh Malaysia untuk memperkukuh peranan mereka sebagai agen perubahan dalam memperkasa perpaduan serta ekonomi masyarakat.

K1M merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bersifat’gerakan rakyat’ yang melibatkan pelbagai kaum, agama dan kepercayaan dalam memasarkan maklumat benar kepada masyarakat.

Menurut Datuk Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman, sebagai Penggerak Transformasi Rakyat, K1M perlu memanfaatkan teknologi untuk menyampaikan mesej rasmi kerajaan yang tepat dan sahih.

Penggunaan media baharu juga perlu dijadikan platform untuk mempromosikan K1M bagi menarik penglibatan pelbagai lapisan masyarakat.

Tambah beliau, jaringan media sosial seperti Facebook dan Whatsapp wajar digunakan untuk menepis persepsi negatif rakyat berdasarkan fakta yang betul agar K1M terus utuh sebagai peneraju maklumat menjelang 2020.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Permuafakatan K1M Negeri Perlis, Datuk Nordin Haji Abdullah berkata, menerusi kedai K1M, pihaknya akan menghimpunkan produk-produk tempatan, seperti rebung madu yang akan dikomersilkan dalam talian supaya ekonomi masyarakat setempat terus berkembang maju.

Konvensyen yang bermula semalam ini telah melaksanakan pelbagai aktiviti seperti mesyuarat permuafakatan, bengkel komuniti dan pembentangan resolusi.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu AK Numpang,.

 

Tinggalkan komen anda