Skip to main content
Berita TempatanKedah

Kacau Bubur Asyura Sambut Maal Hijrah 1437 Di Pendang

By 14 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Nawawi Kasa (Pendang)

PENDANG,14 Okt (Malaysiaaktif) — Terdapat sedikit perbezaan dalam majlis sambutan Tahun Baru Hijrah 1437 di sini berbanding kebanyakan tempat.

Di Kampung Sungai Durian, mereka menggunakan peluang cuti am hari ini untuk meneruskan tradisi memasak Bubur Asyura yang perturunkan sejak bertahun.

 

IMG_20151014_103609

 

Acara yang disempurnakan secara bergotong royong ini menyaksikan sebanyak tujuh kawah bubur asyura pelbagai rasa dimasak dan kemudian diagihkan kepada penduduk.

Bagi penduduk kampung ini, Awal Muharram yang disambut sedemikian rupa sebagai tambahan kepada majlis pengisian ilmu dan rohani di masjid dan di surau betul-betul membantu mengeratkan silatulrahim masyarakat setempat.

 

Tinggalkan komen anda