
Oleh Salwa Izhar, Nazri Saparudin &, Mohd Aiman Mohd Azmi
LANGKAWI, 14 Okt (Malaysiaaktif) — Satu program Semarak Komuniti 1Malaysia (K1M) diadakan sempena Sambutan Maal Hijrah 1437 di Langkawi hari ini.
Berpaut kepada tema “Perpaduan Nadi Transformasi Negara,” majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Langkawi dengan kerjasama Komuniti 1 Malaysia Mukim Kedawang ini bertujuan mengeratkan silatulrahim antara masyarakat.
Selain sukaneka untuk kanak-kanak, Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi turut hadir untuk memberi penerangan berkaitan isu-isu keselamatan jalanraya.
Majlis yang berlangsung di Kampung Chandek Kura ini dirasmikan oleh Ahli Undangan Negeri Kawasan Kuah, Nor Saidi Haji Nanyan dan dihadiri lebih 300 orang.