Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

Mustapa Mohamad Ziarah Pelajar Orang Asli Di Hospital

By 10 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Wan Shahilawati Wan Baharuddin & Rosli Md Zain (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 10 Okt (Malaysiaaktif) — Sehingga hari ini masih misteri berhubung apa yang sebenarnya berlaku ke atas tujuh orang pelajar Orang Asli yang hilang lebih sebulan di hutan Gua Musang.

Dua daripada mereka yang dijumpai masih hidup kini sedang menjalani rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir, mereka kehilangan berat badan sebanyak 10 kg dalam masa 48 hari, selain mengalami  serta nutrisi.

 

temiar2

 

Beliau berkata mereka masih lagi trauma dan memerlukan pemulihan secara berperingkat dan menjalani pemulihan oleh pakar psikologi bagi mengembalikan semangat.

Juga hari ini, kedua-dua pesakit menerima kunjungan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri  Datuk Mustapa Mohamed.

Lawatan beliau itu dilakukan sejurus selepas merasmikan Program Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan pagi tadi.

Beliau turut menasihatkan supaya keluarga kanak-kanak itu tidak diganggu memandangkan mereka masih fokus kepada keadaan anak-anak masing di Wad 5 HRPZ II.

Buat masa ini usaha komunikasi dengan pesakit dilakukan oleh orang tengah memandangkan mereka menggunakan bahasa ibunda , iaitu bahasa suku kaum Temiar.

 

 

Tinggalkan komen anda