Skip to main content
Berita TempatanPerlis

Orang Perlis, terutama pelajar Minta Panggung Wayang

By 31 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Wan Muhamad Zikri Wan Kamis (Perlis)

KANGAR, 31 Oktober (Malaysiaaktif) — Suatu ketika dahulu, Perlis mempunyai beberapa buah panggung wayang, seperti di Kangar, Kuala Perlis dan Simpang Empat.

Namun sekarang, semua panggung wayang di negeri ini tidak lagi beroperasi dan bangunan panggung wayang telah diambil alih oleh pihak lain, termasuk Universiti Malaysia Perlis (Unimap), seperti panggung Kapitol di Kangar. Malah, ada juga yang telah diruntuhkan bagi membina bangunan baru.

Sekarang, walaupun dimensi sudah berubah, timbul saranan melalui media sosial, terutama daripada kalangan Gen Y dan pelajar luar yang menuntut di Perlis supaya diwujudkan semula panggung wayang.

Pengguna Twitter, @ajasah1014 berkata panggung wayang perlu dibina di Perlis kerana ramai orang terutamanya pelajar terpaksa ke negeri Kedah untuk menonton wayang sekalipun harga petrol meningkat dan kos menyewa kereta juga mahal.

Sementara itu, Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Noor Nazatul Azira Shahidan berkata, setakat ini tiada perancangan oleh syarikat-syarikat swasta untuk mewujudkan sebuah panggung wayang di Perlis.

 

Tinggalkan komen anda