Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Pelajar Perlu Bantuan Untuk Pembedahan Tangan

By 8 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Nor Diana Yusoff & Hjh Normah Ramli (Kubang Pasu)

KUBANG PASU, 8 Okt (Malaysiaaktif) — Beban seorang pelajar Tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyiur di Jitra, Mohamad Zakwan Adzman, diringankan sedikit apabila mendapat bantuan untuk pembedahan di bahagian tangannya.

Hari ini ibunya, Rokiah Hassan menerima sumbangan sebanyak RM950 daripada wakil Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Zatul Iffah Wahab, bagi membantu pembiayaan prosedur tersebut.

 

20151007233251 (1)

 

Anak sulung daripada empat beradik ini mengalami kecederaan di kedua belah tangannya akibat kemalangan di Tunjang pada malam Adil Adha lalu yang turut membabitkan seluruh keluarganya.

Ayah dan adiknya maut dalam kemalangan itu, sementara ibu dan adiknya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang dari hospital. Seorang lagi adiknya masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar kerana kecederaan pada bahagian hati.

Tragedi tersebut sekaligus menyebabkan keluarga ini kehilangan sumber pencarian kerana si ayah yang bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel berdekatan merupakan satu-satunya tempat mereka bergantung .

Menurut AJK PIBG sekolah,  Samsudin Oli Mohamed, Zakwan yang sehingga kini masih belum mengetahui tentang kehilangan ayah dan adiknya sering melahirkan rasa rindu serta menunggu kepulangan ayahnya itu.

Sumbangan yang disampaikan adalah ikhsan Jabatan Penerangan Negeri Kedah dan Kelab 1Malaysia SMK Pulau Nyiur.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada keluarga ini boleh menghubungi pihak sekolah di talian 04-9291288, 013-5209700 Cikgu Aisyah atau 017-4729890(Shamsudin).

 

Tinggalkan komen anda