Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Jerebu Kurang – Orang Perlis Kembali Beriadah

By 8 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Indera Putera & Wan Muhamad Zikri

KANGAR, 8 Oktober (Malaysiaaktif) – Masyarakat di negeri ini telah kembali melakukan aktiviti luar dengan bersukan dan bersenam di lokasi-lokasi riadah di sekitar Perlis kerana jerebu sudah berkurangan.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Perlis menunjukkan bacaan 60, iaitu di paras sederhana sehingga pukul 6.00 petang tadi jauh lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

Tinjauan Malaysiaaktif di beberapa lokasi riadah, seperti di denai larian, padang bola dan taman permainan mendapati orang ramai menjalani aktviti sukan dan riadah di waktu petang setelah beberapa hari aktiviti ini dilihat kurang akibat jerebu.

Penjawat awam, Zunkipeli Bin Ishak, 48,  berkata, sepanjang tempoh jerebu di paras yang tidak sihat, penduduk hanya berada di dalam rumah bagi mengelak kesan buruk terhadap kesihatan.

“Dalam tempoh jerebu, selepas waktu kerja saya dan rakan-rakan memilih untuk tidak menjalani aktiviti luar kerana bimbang sakit mata dan gatal di kulit,” katanya di Taman Behor Lateh, Kangar petang tadi.

Bagaimanapun, jerebu belum hilang sepenuhnya dan orang ramai dinasihati supaya sentiasa menjaga kesihatan dan banyak minum air kosong.

Sementara itu, beberapa kawasan di Perlis dilanda hujan lebat petang tadi.

 

Tinggalkan komen anda