Skip to main content
Berita TempatanKedah

Kg Lobak Pemenang Desa Sejahtera 1 Malaysia

By 22 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Sarah Nur Saad & Hasnol Hadi Hashim (Kulim)

KULIM, 22 Okt (MalaysiaAktif) — Penduduk Kampung Guar Lobak menyambut baik kunjungan panel penilai Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Peringkat Negeri Kedah.

Kampung ini telah terpilih sebagai pemenang ADS1M peringkat daerah Kulim baru – baru ini.

Pelbagai aktiviti telah diadakan, seperti pameran oleh agensi kerajaan, Perpustakaan Desa Kampung Terat Batu, persembahan silat serta pemeriksaan kesihatan oleh KOSPEN Kampung Guar Lobak.

Bagi menunjukkan penglibatan menyeluruh penduduk kampung, pelbagai pertandingan turut dijalankan, antaranya Pertandingan Memasak, Mewarna dan Mengacau Bubur Asyura.

Ketika menemuramah Pembantu Hal Ehwal Ekonomi KEDA Zon 6 Kulim, Muhammad Nasir Abdullah menyatakan bahawa ADS1M adalah salah satu cabang kemajuan sosial untuk masyarakat luar bandar agar penduduk kampung dapat merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan bagi mengetengahkan identiti kampung itu sendiri.

Tambah beliau lagi, KEDA turut memainkan peranan dalam memberikan sejumlah peruntukan untuk JKKK mengerakkan beberapa program agar sama-sama memeriahkan sesi penilaian ini.

Menurut Penghulu Mukim Sidam Kanan, Rostam Hussin, Kampung Guar Lobak pernah memenangi Skill Rondaan RELA tahun lepas.

Beliau berharap kampung ini dapat menjadi ikon kepada kampung – kampung lain di daerah Kulim.

Tinggalkan komen anda